AWANG SEBLI PHOTOGRAPHY

📷 Merakam Momen Berharga dengan Sentuhan Profesional

Jurugambar Perkahwinan & Acara | Kuching • Sarawak • Selangor/KL

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia fotografi, dengan pendekatan yang menekankan ketelitian, penceritaan dan momen sebenar yang bermakna.

Tentang Kami

Selamat datang ke Awang Sebli Photography.

Saya Awang Sebli, jurugambar profesional yang berpangkalan di Kuching, Sarawak. Perjalanan saya dalam dunia fotografi bermula pada tahun 1993, ketika mula merakam majlis perkahwinan menggunakan nama Azman Photo Service.

Minat yang mendalam terhadap fotografi mendorong saya mengikuti pengajian di New York Institute of Photography (NYI) dan memperoleh Certificate of Graduation in Professional Photography pada tahun 1995. Perjalanan ini kemudiannya diteruskan melalui jenama asmanphotography, sebelum berkembang menjadi Awang Sebli Photography seperti yang dikenali hari ini.

Pengalaman sebagai jurufoto forensik dalam sektor kerajaan turut membentuk disiplin, ketelitian dan perhatian saya terhadap setiap perincian dalam fotografi.

Kini, dengan pengalaman lebih 30 tahun, saya menawarkan perkhidmatan fotografi perkahwinan, pertunangan, majlis kekeluargaan, acara korporat dan majlis rasmi di Sarawak serta Semenanjung Malaysia.

Pendekatan fotografi saya menekankan hasil yang cerah, bersih dan tajam (bright, clean & sharp), sambil mengabadikan emosi, suasana dan momen spontan yang menjadikan setiap majlis begitu istimewa.

Bagi saya, fotografi bukan sekadar menghasilkan gambar yang cantik, tetapi merakam kisah dan kenangan yang akan terus dihargai sepanjang hayat.

Perkhidmatan fotografi kami

_DSC1565

Majlis Perkahwinan

Screenshot

Majlis Pertunangan

Birthday Party

Majlis Harijadi

graduation

Konvokesyen

Screenshot

Acara Korporat

Majlis & Acara Lain

maternity